Friday, February 5, 2010

biarkan aku.

biar, ia bermain dengan pipiku.
biar ia gelongsor gembira.
biar, ia merasa kehilangan.
biar, semua biarkan!

biar apa aku rasa.
biar aku seorang diri merasa.
ditetak di lidah.

biar sahaja aku.
terbiar begini. 
bukannya aku dibayar.
untuk hidup dimuka bumi ini.

biar suatu hari.
satu teman berkepak datang mencari.
tiba masa untuk aku pergi.
biar! biar! biar!

dan masa itu.
jangan kau biar ia mengalir di pipimu.
gelongsor dari anak mata mu.

kerana semalam.
kau biarkan aku.
dan hari ini.
biarkan aku lari darimu.

No comments:

Post a Comment