Friday, February 5, 2010

terlepas.

malam tadi ada karnival.
dalam malam saya nampak awak.

berbirat bersama tali belon.
comel.

dari rumah.
saya liku lihat.
melihat awak tersenyum.
gembira di karnival.

tapi awak tidak tahu.
saya disebalik tirai ini.
melihat awak.

awak pun tak tahu.
jari saya berdarah.
terkena pisau tadi.

perahu aku.

aku cari kayu.
ku tempel paku.
aku likat cat.
supaya ia kukuh.
supaya bisa aku kemudi.
suatu hari nanti bersama.

bersama engkau.

di tasik kita.

tapi,
aku lihat tadi.
kau dengan nelayan.
bercanda di atas perahu lain.

dan aku berlalu.
kemudi jauh dari kamu.
dengan perahu aku.

biarkan aku.

biar, ia bermain dengan pipiku.
biar ia gelongsor gembira.
biar, ia merasa kehilangan.
biar, semua biarkan!

biar apa aku rasa.
biar aku seorang diri merasa.
ditetak di lidah.

biar sahaja aku.
terbiar begini. 
bukannya aku dibayar.
untuk hidup dimuka bumi ini.

biar suatu hari.
satu teman berkepak datang mencari.
tiba masa untuk aku pergi.
biar! biar! biar!

dan masa itu.
jangan kau biar ia mengalir di pipimu.
gelongsor dari anak mata mu.

kerana semalam.
kau biarkan aku.
dan hari ini.
biarkan aku lari darimu.

aku kan abang!

terang. aku berbingkis senja.
cuba mencari apa itu erti wanita.

gelap. aku berhias pagi.
cuba aku mengerti apa itu cari wanita.

aku punya cermin retak.
aku punya sikat rongak.
aku punya seluar petak.
aku punya suara serak.

tak punya kasut tumit tinggi.
tak punya pinggang berahi.
tak punya renda di coli.
tak punya si geli-geli.

aku : lelaki biasa.
yang lelah berahi dengan wanita.
yang lemas juga kerana mereka.

Sunday, November 22, 2009

pundek you.

gua kenal hati lu.
tak paya dolak dalih lagi.
gua mula benci.

lu guna gua.
gua bukan jet peribadi.
bila sunyi baru cari.
bila sedih suruh gua menyanyi.

gua panjat gunung.
lu boleh lepak kat atas sorang-sorang?
ingat gua apa?

drama lagi.
lakonan.penuh penipuan.
gua ada tulisan lu suka.
gua sengsara lu suka.

lu takut. takut hidup seorang.
gua datang lu serang.
gua pergi lu bengang.
padahal lu dah berdua.
dan gua ketiga. tahi.

usah bangga dengan gua.
gua memang tak suka.
gua dah tak larat.
gua nak tidur.