Saturday, June 13, 2009

jika jika itu jika

hoish.
jika aku seorang guru besar.
akan ku simpan rotan dibawah meja.
ku selongkar jiwa anak kecil.
apa yang dibenci apa yang disukai.
agar aku disenangi dan kereta aku tidak dicalari.
jika aku seorang menteri.
akan ku ke dewan parlimen dengan vespa biruku.
akan ku tatap raut wajah rakyatku.
tidak ku biar duit haram menerjah perutku.
ku cantas pencantas dunia.
ku berkata tanpa penuh dusta.
jika aku seorang polis.
tidak aku bangga dengan 3 paku ku.
tapi bangga dengan tugasku.
akanku ronda dengan proton wajaku.
menenangkan negara.
bukan meminta suapan negara.
jika aku seorang penulis.
akan ku buat si beruk gembira.
ku warna dunia tanpa curiga.
perkataan ku bermain2 di telinga mereka.
supaya hidup kami dikongsi bersama.
jika aku seorang penyanyi.
program realiti bukan hariku.
dicelah lorong aku berdiri.
menolak kata2 penuh bersiri.
supaya seorang yang datang menghampiri.
tanya nama dan lokasi.
jika aku seekor lalat.
tidak ku hirau pasport dan kredit.
akan ku terjah awanan mentari.
hinggap dibuah dada celebriti.
mahupun singgah di rumah tuhan.
agar ku tahu kuasa mencipta dari bercerita.
jika aku seorang pelakon.
pasti bahasa menjadi tuturan.
tingkah laku ku tunjuk pedoman.
anak yatim ku suapkan makanan.
anak sendiri tidak aku lupakan.
agar mereka semua budiman.
jika aku seorang robot.
aku bantu si buta membaca.
akanku dengar si bisu bicara.
tetap ke renung si pekak menari.
biar ku berlari dengan si kecil.
menerima lagi memberi.
jika aku seorang gadis.
tidak ku lupa rupa dari harta.
ego ku dibuang merata.
tidak aku mengharap di hati jejaka.
kerana aku bukan celaka.
tidak pula memberi dara.
jika aku seorang diri.
tidak aku duduk langsung berdiri.
tidak ku kaku terus berlari.
hanya si burung teman hari.
tidak ku mandi tanpa bernyanyi.
tidak ku hidup kerana sepi.
jika aku seorang kawan.
tidak ku kawan makan kawan.
tetap menangis tanpa risiko.
berperang tanpa tangan.
darah mengalir ku rasa bersama.
guruh kilat sertai tidak ku lari.
hoish.
jika jika bermaksud jika.
dan aku pasti ke syurga.
tapi sayang tiada jika.
kerana hidup perlu dirasa.