Tuesday, October 27, 2009

aku buta.

maafkan aku, kerana buta.
melulu mencipta kasih sayang buatmu.

maafkan aku, kerana bisu.
lupa mencipta ayat bahagia kepadamu.

maafkan aku, kerana pekak.
tidak mencipta suasana komunikasi dua hala bersamamu.

tapi bezaku dengan dia.
dia tidak buta, bisu, apatah lagi pekak.

dan sekarang biarkan aku lari darimu.
menyimpan semua impiku kerana dia ada disitu untuk dirimu.

mungkin cinta belum sedia.
perlu kentalkan jiwa.
aku perlukan semangatmu.
agar hidupku bahagia.
jauh lagi perjalananku.
perlu aku tempuhinya.

kalau benar engkau sudi.
tak akan ku hampakan dirimu.

Thursday, October 15, 2009

anak setia.

ruang terjah dalam benak fikir.
air emas mengalir perlahan.
menemani sang pipi belajar melihat dunia.
silapku berfikir sendiri.
sedangkan ramai disana menanti.

marah.kecewa.sadis.sugul.

pundek.sial.cilaka.babi.

menyesal.aku menyesal.
tapi tertulis sudah aku sperma berjaya.
lahir aku di dunia bermuka.
melihat, mewakili, menangi ibu bapa.

dan tiap saat aku lupa.
kemudian aku mencari.
apabila masa mencuri.
anak kecil ini mengenang.

dan cara terbaik.
penyelesaian segalanya.

maaf.

maafkan saya ibu dan ayah.

Monday, October 12, 2009

membara

bangun.

bangun.

bangun.

bangun.

bangun.