Friday, February 5, 2010

aku kan abang!

terang. aku berbingkis senja.
cuba mencari apa itu erti wanita.

gelap. aku berhias pagi.
cuba aku mengerti apa itu cari wanita.

aku punya cermin retak.
aku punya sikat rongak.
aku punya seluar petak.
aku punya suara serak.

tak punya kasut tumit tinggi.
tak punya pinggang berahi.
tak punya renda di coli.
tak punya si geli-geli.

aku : lelaki biasa.
yang lelah berahi dengan wanita.
yang lemas juga kerana mereka.

No comments:

Post a Comment