Tuesday, October 27, 2009

aku buta.

maafkan aku, kerana buta.
melulu mencipta kasih sayang buatmu.

maafkan aku, kerana bisu.
lupa mencipta ayat bahagia kepadamu.

maafkan aku, kerana pekak.
tidak mencipta suasana komunikasi dua hala bersamamu.

tapi bezaku dengan dia.
dia tidak buta, bisu, apatah lagi pekak.

dan sekarang biarkan aku lari darimu.
menyimpan semua impiku kerana dia ada disitu untuk dirimu.

mungkin cinta belum sedia.
perlu kentalkan jiwa.
aku perlukan semangatmu.
agar hidupku bahagia.
jauh lagi perjalananku.
perlu aku tempuhinya.

kalau benar engkau sudi.
tak akan ku hampakan dirimu.

No comments:

Post a Comment