Saturday, September 12, 2009

Siapa berdiri di hujung situ?

hati bergerak.
jantung berlari.
ahhh!
baik aku hidup sendiri.
kata si abu sendiri.
kecewa dia pada si siti.
semalam main curi2 dengan ali.
zainab termenung.
direnung perenung.
tersenyum lebar hiasi musim mengawan.
gembira johan tak terperi.
zainab menadah kasih.
sentap encik johari.
isterinya pergi meninggalkan sendiri.
tinggal terman dibahu.
puan shima pergi selamanya.
membawa kanser payudara bersama.
lalu raju berlari.
berlari terus berlari.
peluh membasahi, kelihatan seperti hero bollywood.
lekas memujuk dewi.
merajuk kerana diajak kahwin lari.
sarah tersenyum.
tahu si tupai tewas di tangannya.
tak sabar menanti malam ini.
berpeluh di ranjang.
lain pula si usop.
menunggu resah melihat jam di tangan.
malam pertama dia dengan kenanga.
penat menjadi raja sehari.
dilepaskan di pelamin.buat kelamin.
radio mencari.
sinaran frekuensi tersendiri.
sama seperti zackry.
mencari sinar hidup sendiri.

berjuta kisah.
berjuta watak.
berjuta perwatakan.
berjuta kasih sayang.
berjuta cinta.
tapi satu persoalan.

Siapa berdiri di hujung itu?

No comments:

Post a Comment